Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan, baris atas: Saudara Vasiliy Burenesku, Viktor Fefilov, Igor Kobotov, dan Igor Petrov. Baris bawah: Saudara Leonid Rysikov, Igor Trifonov, dan Saudara Pavel Romashov serta isterinya, Saudari Viola Shepel

26 JULAI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 6 DISEMBER 2023
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DAN SEORANG SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | Bertabah dengan Berani dan Sukacita

TERKINI—PARA SAUDARA DAN SEORANG SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | Bertabah dengan Berani dan Sukacita

Pada 5 Disember 2023, Mahkamah Bandar Surgut di Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra mensabitkan 17 saudara dan seorang saudari. Antara mereka termasuk Saudara Vasiliy Burenesku, Viktor Fefilov, Igor Kobotov, Igor Petrov, Leonid Rysikov, Igor Trifonov, dan Saudara Pavel Romashov serta isterinya Saudari Viola Shepel. a Kesemua 17 saudara dijatuhkan hukuman penjara tertangguh yang bertempoh antara enam tahun tiga bulan hingga tujuh tahun. Saudari Shepel pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun dan tiga bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 15 Februari 2019

    Pihak polis menggeledah banyak rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Surgut dan bandar-bandar berdekatan. Tujuh saudara laporkan bahawa mereka didera semasa soal siasat dijalankan. Tiga saudara ditahan sebelum perbicaraan dan seorang lagi saudara kemudiannya diarahkan pergi ke hospital psikiatrik

  2. 3 Oktober 2019

    Viktor, Igor Kobotov, Igor Petrov, Leonid, Igor Trifonov, Pavel, dan Viola dimasukkan dalam senarai ekstremis

  3. 10 Oktober 2019

    Vasiliy dimasukkan dalam senarai ekstremis

  4. 23 Julai 2020

    Rumah Igor Petrov digeledah kali kedua dan lebih banyak barangnya dirampas

  5. 29 Oktober 2021

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Kita yakin bahawa dalam apa jua ‘kesengsaraan, penderitaan, penganiayaan, atau bahaya’ yang dialami saudara saudari kita, dengan kasih dan sokongan Yehuwa mereka akan “mendapat kemenangan yang mutlak.”—Roma 8:35, 37.

a b Nama keluarganya sebelum berkahwin dikekalkan.