Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Sergey Afanasiyev, Anton Olshevskiy, Adam Svarichevskiy, Sergey Yermilov

18 MEI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 21 DISEMBER 2022
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Harapan Masa Depan Membantu Saudara-Saudara Kita Bertabah

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Harapan Masa Depan Membantu Saudara-Saudara Kita Bertabah

Mahkamah Bandar Blagoveshchensk di Wilayah Amur mensabitkan Saudara Sergey Afanasiyev, Sergey Kardakov, a Anton Olshevskiy, Adam Svarichevskiy, dan Sergey Yermilov. Saudara Afanasiyev dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan lima bulan. Saudara Kardakov dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan empat bulan. Saudara Olshevskiy, Svarichevskiy, dan Yermilov dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan tiga bulan. Para saudara ditahan semasa perbicaraan mahkamah.

Garis Masa

  1. 20 Julai 2018

    Pihak berkuasa menggeledah rumah Saudara Afanasiyev, Olshevskiy, dan Svarichevskiy

  2. 21 Oktober 2019

    Siasatan bermula ke atas Saudara Yermilov dan Olshevskiy kerana mengambil bahagian dalam acara keagamaan yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai kegiatan yang “memudaratkan masyarakat.”

  3. 10 September 2020

    Siasatan bermula ke atas Saudara Svarichevskiy. Dituduh menyertai aktiviti agama sebuah organisasi yang diharamkan bersama Saudara Olshevskiy dan Yermilov

  4. 18 September 2020

    Saudara Afanasiyev juga disiasat di bawah kes yang sama

  5. 24 September 2020

    Apartmen Saudara Kardakov digeledah. Dia disiasat dalam kes yang sama. Dituduh mengancam perlembagaan dan keselamatan negara kerana membaca Bible dan berdoa kepada Tuhan Yehuwa

  6. 12 Mac 2021

    Saudara Olshevskiy juga dituduh mengaturkan kerja penyebaran dan pertemuan agama yang dilarang

  7. 21 Oktober 2021

    Perbicaraan bermula

Profil

Saudara-saudara kita merupakan teladan yang terpuji kerana mereka bertumpu, bukan kepada penganiayaan yang sementara, tetapi kepada ganjaran yang kekal, yang disediakan untuk orang yang percaya kepada Yehuwa.—2 Korintus 4:17, 18.

a b Foto dan komen peribadi Saudara Sergey Kardakov dan komen peribadi Saudara Anton Olshevskiy tidak dapat diperoleh.