14 DISEMBER 2023 | DIKEMASKINIKAN: 30 JANUARI 2024
RUSIA
TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | “Keyakinan kepada Yehuwa Telah Membantu Saya”
Pada 25 Januari 2024, Mahkamah Daerah Samarskiy di Samara mensabitkan Saudara Aram Danielyan, Denis Kuzyanin, Sergey Polosenko, dan Nikolay Vasiliyev. Mereka masing-masing telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. Mereka ditahan dengan serta-merta selepas perbicaraan mahkamah.
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus melegakan hati hamba-hamba-Nya yang menderita kerana iman mereka. Dia akan ‘meneguhkan mereka agar mereka sentiasa dapat melakukan dan mengatakan apa yang baik.’—2 Tesalonika 2:16, 17.
Garis Masa
14 Disember 2021
Kes jenayah dibuka terhadap Denis, Nikolay, dan Sergey
15 Disember 2021
Rumah Denis, Nikolay, dan Sergey digeledah. Ditahan dan dihantar ke pusat tahanan sementara
16 Disember 2021
Denis, Nikolay, dan Sergey dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
6 Januari 2022
Kes jenayah dibuka terhadap Aram. Dia ditahan di lapangan terbang
7 Januari 2022
Aram dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
12-14 Disember 2022
Keempat-empat saudara dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan tetapi dikenakan sekatan perjalanan
16 Jun 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula