Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Rinat Kiramov dan isterinya Galina; Saudara Sergey Korolev dan isterinya Yekaterina; dan Saudara Sergey Kosyanenko dan isterinya Olga

29 MAC 2023 | DIKEMASKINIKAN: 18 APRIL 2023
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Merasai Sokongan Yehuwa semasa Ditahan

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Merasai Sokongan Yehuwa semasa Ditahan

Pada 17 April 2023, Mahkamah Daerah Ahktubinskiy di Wilayah Astrakhan mensabitkan Saudara Rinat Kiramov, Sergey Korolev, dan Sergey Kosyanenko. Mereka dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. Ketiga-tiga saudara telah ditempatkan di pusat tahanan sebelum perbicaraan sejak November 2021 dan masih ditahan sehingga sekarang.

Profil

Kita dilegakan kerana Yehuwa ialah tempat perlindungan bagi hamba-Nya yang setia dan ‘tangan-Nya sentiasa menyokong kita.’—Ulangan 33:27.

Garis Masa

  1. 9 November 2021

    Kes jenayah dibuka. Pihak berkuasa telah menyerbu 15 rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Akhtubinsk dan Znamensk, termasuk rumah Saudara Kiramov, Korolev, dan Kosyanenko

  2. 10 November 2021

    Sergey Korolev ditangkap

  3. 11 November 2021

    Rinat Kiramov dan Sergey Kosyanenko ditangkap. Ketiga-tiga saudara ditahan sebelum dibicarakan

  4. 14 November 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula

a b Komen peribadi Saudara Kiramov dan Kosyanenko tidak dapat diperoleh.