Lompat ke kandungan

Baris atas, kiri ke kanan: Saudara Nikolay Martynov, Sergey Kosteyev, Yaroslav Kalin, dan Mikhail Moysh

Baris bawah, kiri ke kanan: Saudara Igor Popov, Denis Sarazhakov, Aleksey Solnechniy, Andrey Tolmachev, dan Sergey Vasiliyev

27 DISEMBER 2023 | DIKEMASKINIKAN : 6 MAC 2024
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Para Saudara Tetap Positif walaupun Ditahan untuk Masa yang Lama

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Para Saudara Tetap Positif walaupun Ditahan untuk Masa yang Lama

Pada 5 Mac 2024, Mahkamah Daerah Oktyabrskiy di Irkutsk mensabitkan Saudara Nikolay Martynov, Sergey Kosteyev, Yaroslav Kalin, Mikhail Moysh, Igor Popov, Denis Sarazhakov, Aleksey Solnechniy, Andrey Tolmachev, dan Sergey Vasiliyev. Nikolay, Sergey Kosteyev, Yaroslav, Mikhail, Aleksey, dan Andrey telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun. Igor dan Denis telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan empat bulan. Sergey Vasiliyev telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan ditahan serta-merta selepas perbicaraan mahkamah. Saudara-saudara lain berada dalam pusat tahanan sebelum perbicaraan dan akan terus ditahan.

Profil

Walaupun saudara-saudara ini perlu berpisah daripada keluarga mereka, kita yakin bahawa tiada apa-apa yang dapat memisahkan para saudara yang setia ini daripada kasih Tuhan.—Roma 8:35-39.

Garis Masa

  1. 4 Oktober 2021

    Rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Wilayah Irkutsk digeledah. Kes jenayah dibuka terhadap Nikolay, Sergey Kosteyev, Yaroslav, Mikhail, Aleksey, Andrey, dan Sergey Vasiliyev. Mereka semua ditahan

  2. 5 Oktober 2021

    Yaroslav, Mikhail, dan Aleksey dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  3. 6 Oktober 2021

    Sergey Kosteyev, Nikolay, dan Andrey dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan. Sergey Vasiliyev dibebaskan dari pusat tahanan sementara tetapi ditahan di rumah

  4. 30 November 2021

    Rumah-rumah lain digeledah. Denis dan Igor ditahan dan dibawa ke Irkutsk, yang terletak sejauh lebih daripada 1500 kilometer

  5. 1 Disember 2021

    Igor dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  6. 2 Disember 2021

    Denis dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  7. 29 Disember 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula

a b c d e f Saudara Martynov, Kalin, Moysh, Popov, Sarazhakov, dan Solnechniy berada dalam pusat tahanan sebelum perbicaraan dan komen peribadi mereka tidak dapat diperoleh.