Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Roman Mareyev, Saudara Anatoliy Marunov, dan Saudara Sergey Tolokonnikov dan isterinya Mariya

10 FEBRUARI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 14 JULAI 2023
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Perbicaraan di Mahkamah Moscow bagi Tiga Saudara

TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Perbicaraan di Mahkamah Moscow bagi Tiga Saudara

Pada 12 Julai 2023, Mahkamah Daerah Savelovskiy di Moscow mensabitkan Saudara Roman Mareyev, Anatoliy Marunov, dan Sergey Tolokonnikov. Roman dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan enam bulan. Anatoliy dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan enam bulan. Sergey dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Anatoliy ditahan dengan serta-merta selepas perbicaraan mahkamah. Roman dan Sergey telah ditempatkan di pusat tahanan sebelum perbicaraan sejak Oktober 2021 dan masih ditahan.

Profil

Iman dan teladan baik Saudara Roman, Anatoliy, dan Sergey sangat menyentuh hati kita. Seperti mereka, kita juga “tidak berasa takut” semasa dilanda cabaran kerana kita yakin bahawa Yehuwa senantiasa bersama kita.—Mazmur 23:4.

Garis Masa

  1. 20 Oktober 2021

    Pihak berkuasa menggeledah lapan rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Moscow. Kes jenayah dibuka terhadap Roman, Anatoliy, dan Sergey. Mereka dituduh mengaturkan kegiatan organisasi ekstremis dan menggalakkan orang lain untuk menyertai kegiatan organisasi itu. Mereka bertiga dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  2. 22 Oktober 2021

    Roman dan Sergey dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan. Anatoliy ditahan di rumah

  3. 17 Jun 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula

a Semasa rencana ini disediakan, Saudara Tolokonnikov masih ditahan dan tidak dapat ditemu ramah. Nama keluarga Saudari Pankova sebelum berkahwin dikekalkan.