Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan, baris atas: Saudara Vladimir Kochnev dan isterinya, Galina; Saudara Vladislav Kolbanov. Baris bawah: Saudara Pavel Lekontsev dan isterinya, Oksana; Saudara Sergey Logunov dan isterinya, Larisa; Saudara Nikolay Zhugin dan isterinya, Galina

1 OKTOBER 2021 | DIKEMASKINIKAN: 29 OGOS 2023
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Lima Saudara Bertekad untuk Tabah biarpun Dianiaya

TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Lima Saudara Bertekad untuk Tabah biarpun Dianiaya

Pada 28 Ogos 2023, Mahkamah Daerah Promyshlenniy di Orenburg mensabitkan Saudara Vladimir Kochnev, Vladislav Kolbanov, Pavel Lekontsev, Sergey Logunov, dan Nikolay Zhugin. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh antara tempoh dua tahun enam bulan hingga tiga tahun enam bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 1 Mac 2021

    Lebih daripada setahun selepas kes itu dikembalikan kepada pejabat pendakwa raya, perbicaraan bermula di Mahkamah Daerah Promyshlenniy di Orenburg

  2. 14 Januari 2020

    Kes jenayah itu dikembalikan kepada pejabat pendakwa raya kerana dakwaan yang tidak jelas

  3. 3 Ogos 2018

    Vladimir dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan selepas 79 hari dan ditahan di rumah

  4. 16 Mei 2018

    Pihak berkuasa menggeledah rumah 19 keluarga Saksi di Wilayah Orenburg. Vladimir dan Vladislav dihantar ke pusat tahanan sementara. Tiga hari kemudian, Vladislav dibebaskan dan ditahan di rumah

  5. 14 Mei 2018

    Direktorat Penyiasatan dalam Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia di Wilayah Orenburg mula membuka kes jenayah atas kelima-lima saudara

Profil

Selama lebih daripada tiga tahun, lima saudara kita yang tersayang berjuang demi iman mereka dari segi undang-undang. Ini bukti bahawa mereka bertekad untuk tetap setia kepada Yehuwa. Pada masa yang sama, adalah jelas bahawa Yehuwa juga setia kepada mereka.—2 Samuel 22:26.