Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan, baris atas: Saudara Vyacheslav Boronos, Saveliy Gargalyk, Yevgeniy Kayryak, dan Artem Kim. Baris bawah: Saudara Sergey Loginov, Aleksey Plekhov, dan Sergey Volosnikov

26 JULAI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 6 DISEMBER 2023
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Mendapat Kekuatan menerusi Doa

TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Mendapat Kekuatan menerusi Doa

Pada 5 Disember 2023, Mahkamah Bandar Surgut di Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra mensabitkan 17 saudara dan seorang saudari. Antara mereka ialah Saudara Vyacheslav Boronos, Saveliy Gargalyk, Yevgeniy Kayryak, Artem Kim, Sergey Loginov, Aleksey Plekhov, dan Sergey Volosnikov. Kesemua 17 saudara dijatuhkan hukuman penjara tertangguh yang bertempoh antara enam tahun tiga bulan hingga tujuh tahun. Saudari kita pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun dan tiga bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 15 Februari 2019

    Pegawai polis menyerbu banyak rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Surgut dan bandar-bandar yang berhampiran. Kesannya, tiga saudara termasuk Sergey Loginov, dihantar ke tahanan sebelum perbicaraan. Kemudian, seorang lagi saudara diarahkan untuk ke hospital psikiatrik. Ketujuh-tujuh saudara ini dipukul secara fizikal selepas mereka enggan memberi maklumat tentang rakan seiman mereka

  2. 26 Februari 2019

    Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mengarahkan kerajaan Rusia untuk membebaskan Sergey Loginov supaya dia boleh terima rawatan perubatan

  3. 11 April 2019

    Sergey Loginov dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan

  4. 29 Oktober 2021

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Semasa ketujuh-tujuh saudara yang berani ini tabah mengharungi penganiayaan, kita yakin Yehuwa dengar doa mereka dan jawab seruan mereka dengan segera ketika mereka menderita.—Mazmur 69:17.