Lompat ke kandungan

Baris atas, dari kiri ke kanan: Saudara Nikolay Dikhtyar dan Andrey Lyakhov

Baris bawah, dari kiri ke kanan: Saudara Yuriy Ponomarenko dan Oleg Sergeyev

29 MEI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 3 MEI 2024
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Prinsip Bible Membantu Para Saudara Bertabah semasa Dianiaya

TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Prinsip Bible Membantu Para Saudara Bertabah semasa Dianiaya

Pada 2 Mei 2024, Mahkamah Daerah Pozharskiy di Kawasan Primorye mensabitkan Saudara Nikolay Dikhtyar, Andrey Lyakhov, Yuriy Ponomarenko, dan Oleg Sergeyev. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun enam bulan, dua tahun lapan bulan, enam tahun enam bulan, dan enam tahun empat bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Seperti Andrey, Nikolay, Oleg, dan Yuriy, kita yakin bahawa kita akan “dilengkapi dengan sepenuhnya untuk melakukan setiap perbuatan yang baik” apabila kita menerapkan prinsip Bible dalam hidup.—2 Timotius 3:16, 17.

Garis Masa

  1. 16 Julai 2021

    Kes jenayah dibuka terhadap Yuriy. Dia disyaki mengaturkan kegiatan organisasi ekstremis

  2. 22 Julai 2021

    Apartmen Yuriy digeledah

  3. 24 Julai 2021

    Yuriy dikenakan sekatan perjalanan

  4. 1 November 2021

    Apartmen Oleg digeledah

  5. 2 November 2021

    Oleg dikenakan sekatan perjalanan

  6. 12 Februari 2022

    Oleg didakwa dan disertakan dalam kes jenayah

  7. 14 Mac 2022

    Nikolay didakwa dan disertakan dalam kes jenayah

  8. 15 Mac 2022

    Andrey didakwa dan disertakan dalam kes jenayah

  9. 10 Ogos 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula