24 JANUARI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 29 DISEMBER 2023
RUSIA
TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Saudara Aleksandr Polozov dan Stepan Shevelev Banyak Diberkati biarpun Dianiaya
Pada 29 Disember 2023, Mahkamah Bandar Norilsk di Kawasan Krasnoyarsk telah mensabitkan Saudara Aleksandr Polozov dan Saudara Stepan Shevelev. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
20 Oktober 2019
Pasukan gerak khas mengepung tapak perkhemahan di bandar Norilsk. Lebih daripada 50 Saksi-Saksi Yehuwa ditahan
26 Oktober 2019
Aleksandr ditangkap dan ditahan sebelum perbicaraan
21 Januari 2020
Aleksandr dibebaskan selepas hampir tiga bulan ditahan
19 Februari 2020
Nama Aleksandr diletakkan dalam senarai pengganas dan akaun banknya disekat
6 Mei 2021
Stepan dituduh “terlibat dalam komplot jenayah” bersama Aleksandr. Jenayah Stepan kononnya termasuk berdoa dan menginjil
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus sokong para saudara tersayang yang dengan setia “terus mengejar” apa yang benar biarpun dianiaya.—Hakim-Hakim 8:4.