27 MAC 2024 | DIKEMASKINIKAN: 13 MEI 2024
RUSIA
TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Tetap Yakin, Bersiap Sedia, dan Positif
Pada 13 Mei 2024 Mahkamah Daerah Leninskiy di Barnaul, Kawasan Altai, mensabitkan Saudara Yuriy Kolotinskiy, Mikhail Reshetnikov, dan Anatoliy Sarychev. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh dua tahun tiga bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Profil
Kita bersyukur atas teladan yang ditunjukkan oleh saudara saudari kita. Mereka tetap bergantung pada Yehuwa dan beriman kepada-Nya. Kita yakin bahawa Yehuwa akan menyokong mereka kerana Dia ialah Tuhan yang pengasih dan setia.—Mazmur 25:10.
Garis Masa
25 Mei 2021
Kes jenayah dibuka terhadap Mikhail
27 Mei 2021
Rumah Mikhail digeledah. Dia dan Antonina disoal siasat. Mikhail dikenakan sekatan perjalanan
6 Oktober 2022
Kes jenayah dibuka terhadap Anatoliy dan Yuriy, serta digabungkan dengan kes Mikhail
7 Oktober 2022
Anatoliy dan Yuriy dikenakan sekatan perjalanan
19 Januari 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula