4 NOVEMBER 2022
RUSIA
TERKINI—PASANGAN DISABITKAN BERSALAH | Dikuatkan oleh Contoh Orang Beriman dalam Bible
Pada 8 November 2022, Mahkamah Bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy di Kawasan Kamchatka menyatakan Saudara Dmitriy Semenov dan isterinya, Nadezhda bersalah. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh empat tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
3 September 2021
Seorang wanita yang bincang Bible dengan Dmitriy dan Nadezhda mula memberi maklumat kepada pegawai FSB. Berdasarkan maklumat itu, kes jenayah terhadap Dmitriy dan Nadezhda dimulakan. Mereka didakwa kerana cuba meyakinkan orang lain untuk sertai organisasi ekstremis dan ambil bahagian dalam aktivitinya
6 September 2021
Apartmen digeledah. Dibawa untuk disoal siasat dan sekatan perjalanan dikenakan
26 Julai 2022
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Yehuwa bantu penyembah-Nya untuk berani dan teguh ketika berdepan dengan penganiayaan. Itulah yang dialami oleh Dmitriy dan Nadezhda. Yehuwa sama sekali tidak meninggalkan umat-Nya.—Yosua 1:9.