Lompat ke kandungan

Saudara Oleg Postnikov dan isterinya, Agnessa

23 DISEMBER 2021 | DIKEMASKINIKAN: 29 OGOS 2023
RUSIA

TERKINI—PASANGAN DISABITKAN BERSALAH | Yehuwa Membantu Keluarga Postnikov Mendapat Ketenangan

TERKINI—PASANGAN DISABITKAN BERSALAH | Yehuwa Membantu Keluarga Postnikov Mendapat Ketenangan

Pada 23 Ogos 2023, Mahkamah Daerah Birobidzhanskiy di Wilayah Autonomi Yahudi mensabitkan Saudara Oleg Postnikov dan Saudari Agnessa Postnikova. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun enam bulan dan empat tahun enam bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 11 Oktober 2022, Mahkamah di Wilayah Autonomi Yahudi membatalkan keputusan bersalah terhadap Saudara Oleg Postnikov dan Saudari Agnessa Postnikova. Kini, kes mereka dikembalikan untuk dibicarakan semula.

Pada 25 April 2022, Mahkamah Daerah Birobidzhanskiy di Wilayah Autonomi Yahudi menyatakan Oleg dan Agnessa bersalah. Oleg dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun setengah dan Agnessa pula selama lima tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 12 Februari 2021

    FSB membuka kes jenayah terhadap Agnessa. Pasangan Postnikov dituduh menubuhkan kumpulan “jenayah” dan menyebarkan pandangan yang “ekstremis.” Oleg dan Agnessa diarahkan untuk tidak meninggalkan kawasan mereka. Akaun bank mereka disekat dan nama mereka ditambah dalam senarai pengganas Rusia

  2. 12 Februari 2020

    FSB membuka kes jenayah terhadap Oleg

Profil

Pengalaman mereka menunjukkan bahawa Yehuwa telah membantu umat-Nya menghadapi pelbagai cabaran dengan berjaya. Semoga kita terus bergantung pada Yehuwa, Tuhan yang ‘pengasih dan setia.’—Mazmur 115:1.