16 DISEMBER 2021
RUSIA
TERKINI | Pembacaan Bible Setiap Hari Membantu Lima Orang Saudara dan Seorang Saudari Bertabah Menghadapi Penganiayaan
Pada 25 Ogos 2022, Mahkamah Daerah Leninskiy di Saransk menyatakan Saudara Denis Antonov, Vladimir Atryakhin, Aleksandr Korolev, Georgiy Nikulin, Saudari Yelena Nikulina, dan Saudara Aleksandr Shevchuk bersalah. Denis, Aleksandr Korolev, serta Aleksandr Shevchuk masing-masing dijatuhkan hukuman penjara dua tahun. Georgiy dan Yelena pula dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan dua bulan, manakala Vladimir dijatuhkan hukuman penjara enam tahun. Semua hukuman tersebut akan bermula serta-merta.
Garis Masa
11 Jun 2021
Perbicaraan pertama bermula di Mahkamah Daerah Leninskiy di Saransk
2 April 2021
Yelena didakwa secara rasmi kerana terlibat dalam mencari ahli baharu dan menyertai kegiatan sebuah organisasi ekstremis
31 Mac 2021
Vladimir didakwa secara rasmi kerana mengatur kegiatan sebuah organisasi ekstremis
2 Julai 2019
Aleksandr Shevchuk dan Georgiy dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan dan diperintahkan untuk tidak meninggalkan kawasan itu
28 Mac 2019
Vladimir dibebaskan dan diperintahkan untuk tidak meninggalkan kawasan itu
8 Februari 2019
Aleksandr Shevchuk, Vladimir, dan Georgiy dibawa ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
4 Februari 2019
FSB telah membuka kes jenayah terhadap lima orang saudara dan Yelena kerana mengatur kegiatan sebuah organisasi ekstremis
Profil
Meskipun saudara saudari di Rusia menghadapi penganiayaan, mereka terus percaya kepada Yehuwa. Kita dapat yakin bahawa Yehuwa akan terus menunjukkan kasih setia terhadap mereka.—Kejadian 32:10.