Lompat ke kandungan

Saudara Andrey Ledyaykin

18 NOVEMBER 2021
RUSIA

TERKINI | Persahabatan dengan Yehuwa dan Rakan Seiman Bantu Saudara Andrey Ledyaykin Tetap Kuat

TERKINI | Persahabatan dengan Yehuwa dan Rakan Seiman Bantu Saudara Andrey Ledyaykin Tetap Kuat

Pada 26 April 2022, Mahkamah Bandar Seversk di Wilayah Tomsk menyatakan Saudara Andrey Ledyaykin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 26 bulan. Dia terus dibawa ke penjara.

Garis Masa

  1. 12 Julai 2021

    Perbicaraan bermula

  2. 30 Mac 2021

    Didakwa terlibat dalam aktiviti ekstremis

  3. 29 Mac 2021

    Sekatan pergerakan dikenakan

  4. 25 Mac 2021

    Kes jenayah terhadap Andrey dimulakan. Akibatnya, dia dibuang kerja

  5. 14 Julai 2020

    Pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) dan dua pegawai polis menahan Andrey di tempat kerjanya. Kemudian, mereka menggeledah rumahnya selama 12 jam

  6. Mac-April 2020

    Seorang ejen FSB berpura-pura menunjukkan minat terhadap Bible. Dia merakam perbualannya dengan Andrey dan saudara saudari lain secara rahsia

Profil

Kita amat digalakkan melihat Andrey dijaga dalam “cara yang istimewa” semasa dia menghadapi cabaran hidup.—Mazmur 4:3.