Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudari Nadezhda Anoykina, Lyubov Galaktionova, dan Nailya Kogay; Saudara Valentin Osadchuk; dan Saudari Nina Purge, Raisa Usanova, serta Yelena Zayshchuk

23 SEPTEMBER 2021
RUSIA

TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Enam Saudari dan Satu Saudara Bergantung pada Yehuwa dan Rakan Seiman semasa Kes Mahkamah

TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Enam Saudari dan Satu Saudara Bergantung pada Yehuwa dan Rakan Seiman semasa Kes Mahkamah

Pada 26 September 2022, Mahkamah Kawasan Primorye menolak rayuan Saudari Nadezhda Anoykina, Lyubov Galaktionova, Nailya Kogay, Nina Purge, Raisa Usanova, dan Saudara Valentin Osadchuk. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 1 Jun 2022, Mahkamah Daerah Leninskiy di Vladivostok mensabitkan Nadezhda, Lyubov, Nailya, Nina, Raisa, dan Valentin. Saudari-saudari tersebut masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh dua tahun. Valentin pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Perbicaraan kes Saudari Yelena Zayshchuk yang berusia 87 tahun buat masa ini ditangguh atas sebab masalah kesihatannya yang serius.

Garis Masa

  1. 19 Januari 2021

    Kes ini dipindahkan ke Mahkamah Daerah Leninskiy di Vladivostok

  2. 12 November 2019

    Pejabat pendakwa raya mengambil alih semula kes ini

  3. 5 April 2019

    Selepas menghabiskan 274 hari di pusat tahanan sebelum perbicaraan, Valentin, satu-satunya saudara dalam kes ini dibebaskan. Dia ditahan di rumah

  4. 19 April 2018

    Para pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) menggeledah rumah tujuh Saksi

  5. 9 April 2018

    Bahagian Penyiasatan FSB di Kawasan Primorsky membuka kes jenayah terhadap Saudara Valentin dan enam saudari

Profil

Semoga kita terus digalakkan oleh contoh saudara saudari tersayang di Rusia. Mereka membuktikan diri bahawa mereka memiliki iman yang memelihara nyawa.—Ibrani 10:39.