30 DISEMBER 2021
RUSIA
TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Kepercayaan Saudara Nikolayev terhadap Yehuwa Memberinya Ketenangan
Pada 20 Oktober 2022, Mahkamah Kawasan Krasnador menolak rayuan Saudara Aleksandr Nikolayev. Dia tetap dipenjarakan
Garis Masa
23 Disember 2021
Mahkamah Daerah Abinskiy di Kawasan Krasnodar mensabitkan Aleksandr dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan enam bulan terhadapnya
30 September 2021
Dimasukkan ke dalam pusat tahanan sementara
4 Ogos 2021
Perbicaraan bermula
26 Mei 2021
Didakwa kerana mengadakan perbincangan Bible bersama keluarga dan kawan. Para penyiasat menganggap aktiviti itu sebagai “jenayah yang melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan negara”
7 April 2021
Pada jam 6 pagi, pegawai FSB dan polis pencegah rusuhan menggeledah rumah Nikolayev. Dia dibawa untuk disoal siasat dan kemudiannya dibebaskan
31 Mac 2021
Kes jenayah Aleksandr dibuka
Profil
Aleksandr dan saudara saudari lain di Rusia dan Crimea pasti akan diberkati kerana mereka percaya dan yakin kepada Yehuwa.—Yeremia 17:7.