Lompat ke kandungan

Saudara Aleksey Smelov

3 FEBRUARI 2022
RUSIA

TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Saudara Aleksey Smelov Terima Bantuan Yehuwa untuk Bertabah

TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Saudara Aleksey Smelov Terima Bantuan Yehuwa untuk Bertabah

Pada 27 September 2022, Mahkamah Agung di Republik Karelia menolak rayuan Saudara Aleksey Smelov. Kini, dia perlu membayar denda yang dikenakan.

Pada 21 April 2022, Mahkamah Bandar Kondopoga di Republik Karelia menyatakan Aleksey bersalah. Dia dikenakan denda sejumlah 400,000 ruble (RM21,677).

Garis Masa

  1. 23 Julai 2019

    Pihak berkuasa mula siasat Aleksey kerana kononnya dia ialah salah satu pemimpin organisasi agama yang diharamkan dan turut mengatur perjumpaan serta “aktiviti propaganda” organisasi itu

  2. 31 Julai 2019

    Para pegawai FSB menyerbu 15 rumah serta tempat kerja Saksi-Saksi Yehuwa di Kondopoga dan Petrozavodsk. Para pegawai yang menyamar sebagai tukang paip masuk dan mula menggeladah rumah Smelov. Aleksey dan isterinya, Irina, dibawa ke pejabat FSB tempatan dan disoal siasat. Aleksey kemudian dibawa ke ibu pejabat FSB di Petrozavodsk. Kira-kira 11:30 malam, dia dibebaskan dan diarahkan untuk tidak tinggalkan kawasan tempat tinggalnya

  3. 7 Ogos 2019

    Pihak berkuasa tuduh Aleksey melanggar Bahagian 1, Perkara 282.2 dalam Kanun Jenayah Persekutuan Rusia

  4. 9 April 2020

    Siasatan ditangguhkan kerana pandemik COVID-19

  5. 8 Jun 2020

    Siasatan disambung semula

Profil

Seperti Aleksey, kita yakin bahawa Yehuwa akan terus “menunjukkan kekuatan-Nya” kepada semua orang yang alami penganiayaan.—2 Tawarikh 16:9.