Lompat ke kandungan

Saudari Lyudmila Shchekoldina

4 MAC 2022
RUSIA

TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Saudari Lyudmila Shchekoldina Dikuatkan menerusi Kata-Kata Galakan

TERKINI—RAYUAN DITOLAK | Saudari Lyudmila Shchekoldina Dikuatkan menerusi Kata-Kata Galakan

Pada 6 Oktober 2022, Mahkamah Kawasan Krasnodar menolak rayuan Saudari Lyudmila Shchekoldina. Dia tetap dipenjarakan.

Pada 23 Mei 2022, Mahkamah Daerah Pavlovskiy di Kawasan Krasnodar mensabitkan Lyudmila dan menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan satu bulan ke atasnya. Hukumannya berkuat kuasa dengan serta-merta.

Garis Masa

  1. 23 April 2020

    Siasatan ke atas Lyudmila bermula selepas dia bercakap tentang Bible dengan agen perisik tanpa disedari

  2. 29 April 2020

    Pihak berkuasa menggeledah rumah Lyudmila selama sembilan jam dan menyoal siasatnya. Dia didakwa menggalakkan aktiviti organisasi yang ekstremis

  3. 21 Jun 2021

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Kita yakin bahawa dengan bantuan Yehuwa, Lyudmila dan semua saudara saudari setia yang harungi penganiayaan akan tetap kuat.—Mazmur 68:28.