27 OKTOBER 2021
RUSIA
TERKINI—RAYUAN DITOLAK | “Yehuwa Sedang Melindungi Saya”
Pada 1 November 2022, Mahkamah Kawasan Primorye menolak rayuan Saudari Liya Maltseva. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 20 September 2022, Mahkamah Bandar Partizansk di Kawasan Primorye menyatakan Liya bersalah dan mengenakan hukuman penjara tertangguh dua tahun tiga bulan.
Garis Masa
22 Jun 2021
Perbicaraan kes jenayah Liya bermula
18 Ogos 2020
Polis rahsia di Rusia (FSB) telah menggeledah rumah Liya dan merampas Bible, buku-buku rujukan, dan telefonnya. Dia dibawa ke Bahagian Penyiasatan untuk disoal siasat
9 Julai 2020
Perkhidmatan Pemantauan Kewangan Persekutuan Rusia telah menambah nama Liya dalam senarai pengganas dan ekstremis
1 Jun 2020
Kes jenayah telah dibuka terhadap Saudari Liya di bawah Kanun Jenayah Persekutuan Rusia. Dia dituduh terlibat dalam aktiviti organisasi agama yang dilarang
Profil
Kita sangat digalakkan oleh ketabahan Saudari Liya. Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus memberkati kesetiaannya.—1 Samuel 26:23.