Lompat ke kandungan

Saudari Galina Kobeleva dan anak lelakinya, Saudara Sergey Kobelev

15 JUN 2022| DIKEMASKINIKAN: 23 DISEMBER 2022
RUSIA

TERKINI—RAYUAN | Galina Kobeleva Bertekad untuk Memberikan Kesaksian di Mahkamah

TERKINI—RAYUAN | Galina Kobeleva Bertekad untuk Memberikan Kesaksian di Mahkamah

Pada 21 Disember 2022, Mahkamah Kawasan Primorye memenuhi sebahagian daripada rayuan Saudari Galina Kobeleva. Dia tidak perlu membayar kos mahkamah. Hukuman penjara tertangguhnya selama enam tahun masih diteruskan.

Pada 20 Oktober 2022, Mahkamah Daerah Lesozavodskiy di Kawasan Primorye menyatakan Saudari Galina Kobeleva bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 12 Mei 2020

    Pihak berkuasa di Kawasan Primorye menggeledah rumah empat keluarga Saksi-Saksi Yehuwa, termasuk rumah Galina. Galina dan anak lelakinya, Saudara Sergey Kobelev, disoal siasat

  2. 8 Mac 2021

    Pihak berkuasa memfailkan kes jenayah terhadap Galina. Dia dituduh menyertai kegiatan organisasi ekstremis

  3. 7 April 2021

    Dia dikenakan sekatan perjalanan

  4. 29 Oktober 2021

    Perbicaraan bermula

Profil

Kita sangat bersyukur kerana Yehuwa terus membimbing hamba-hamba-Nya yang setia, seperti Galina, ke “tempat yang selamat” seraya mereka mempertahankan nama-Nya dengan berani.—2 Samuel 22:18-21.