Lompat ke kandungan

Atas kiri: Saudara Pyotr Filiznov. Bawah kiri: Saudara Andrey Vyushin. Kanan: Saudara Aleksandr Kuznetsov dan isterinya Mariya

13 FEBRUARI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 6 NOVEMBER 2023
RUSIA

TERKINI—RAYUAN | Tiga Keluarga di Yaroslavl Dianiaya

TERKINI—RAYUAN | Tiga Keluarga di Yaroslavl Dianiaya

Pada 30 Oktober 2023, Mahkamah Daerah Dzerzhinsky di Yaroslavl memenuhi sebahagian daripada rayuan Saudara Pyotr Filiznov dan Saudara Andrey Vyushin. Hukuman penjara tertangguh mereka dikurangkan daripada enam tahun setengah kepada dua tahun setengah. Namun, hukuman penjara tertangguh yang dikenakan terhadap Saudara Aleksandr Kuznetsov dan isterinya Mariya dikekalkan.

Pada 3 Ogos 2023, Mahkamah Daerah Dzerzhinsky di Yaroslavl mensabitkan Saudara Pyotr Filiznov, Saudara Aleksandr Kuznetsov dan isterinya Saudari Mariya Kuznetsova, dan Saudara Andrey Vyushin. Andrey dan Pyotr dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun setengah. Aleksandr dan Mariya pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh dua tahun setengah. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Dengan terus “percaya kepada Yehuwa,” kita juga dapat menjadi kukuh dan tidak goyah.—Mazmur 125:1.

Garis Masa

  1. 13 April 2021

    Rumah mereka digeledah dan mereka dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  2. 15 April 2021

    Dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  3. 14 Julai 2021

    Dibebaskan daripada pusat tahanan dan dikenakan sekatan perjalanan

  4. 9 September 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula