Lompat ke kandungan

12 MEI 2021
RUSIA

TERKINI | Rayuan Saudari Svetlana Monis Ditolak

TERKINI | Rayuan Saudari Svetlana Monis Ditolak

Pada 9 Mac 2022, Mahkamah Wilayah Autonomi Yahudi membatalkan keputusan yang mensabitkan Saudari Svetlana Monis. Kesnya akan dibicarakan semula di Mahkamah Daerah Birobidzhansky di Wilayah Autonomi Yahudi.

Pada 12 Mei 2021, Mahkamah di Wilayah Autonomi Yahudi menolak rayuan Svetlana. Sebaliknya, mahkamah Rusia membuat keputusan yang memihak kepada rayuan pihak pendakwa untuk mengubah hukuman asalnya, iaitu denda sebanyak 10,000 ruble (RM549), kepada hukuman penjara tertangguh selama dua tahun dan enam bulan. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.