Lompat ke kandungan

Saudara Aleksey Yershov

5 NOVEMBER 2021
RUSIA

TERKINI | Rutin Rohani Membantu Saudara Aleksey Yershov Tetap Tabah

TERKINI | Rutin Rohani Membantu Saudara Aleksey Yershov Tetap Tabah

Pada 7 April 2022, Mahkamah Wilayah Tomsk mengubah hukuman yang dijatuhkan atas Saudara Aleksey Yershov kepada hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun. Dia telah dibebaskan dari penjara dengan serta-merta.

Pada 19 Januari 2022, Mahkamah Bandar Severskiy di Wilayah Tomsk mensabitkan Saudara Aleksey Yershov dan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atasnya. Hukumannya berkuat kuasa dengan serta-merta.

Garis Masa

  1. 22 Jun 2021

    Kes jenayah dihantar kepada Mahkamah Bandar Severskiy di Wilayah Tomsk

  2. 30 Mac 2021

    Rakaman video daripada seseorang yang berpura-pura berminat mempelajari Bible selama setahun telah digunakan untuk mendakwa Aleksey

  3. 14 Julai 2020

    Polis rahsia di Rusia (FSB) dan pegawai Jawatankuasa Siasatan menyerbu dan menggeledah rumah Aleksey selama tujuh jam. Mereka merampas kad bank, alat elektronik, Bible, pasport, dan router Wi-Fi

Profil

Dengan membaca Bible setiap hari dan tekun berdoa, saudara saudari kita di Rusia pasti akan dikuatkan. Kita juga yakin akan janji di Mazmur 9:9 yang berkata, “Ya Yehuwa, Engkau ialah tempat perlindungan bagi orang yang ditindas; Engkau ialah tempat naungan pada masa kesusahan.”