Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan, baris atas: Saudara Sergey Agadzhanov; Saudari Lyubov Asatryan, Galina Dergacheva, dan Inna Kardakova

Baris tengah: Saudari Irina Khvostova dan Galina Pechko; Saudara Konstantin Petrov, Ivan Puyda, dan Viktor Revyakin

Baris bawah: Saudara Mikhail Solntsev dan isterinya, Oksana; Saudara Sergey Yerkin dan Yevgeniy Zyablov

17 OKTOBER 2022 | DIKEMASKINIKAN: 7 MAC 2024
RUSIA

TERKINI—SABITAN | Tiga Belas Saksi-Saksi Yehuwa Dibicarakan di Magadan

TERKINI—SABITAN | Tiga Belas Saksi-Saksi Yehuwa Dibicarakan di Magadan

Pada 6 Mac 2024, Mahkamah Bandar Magadan di Wilayah Magadan mensabitkan saudara saudari yang berikut: Sergey Agadzhanov, Lyubov Asatryan, Galina Dergacheva, Inna Kardakova, Irina Khvostova, Galina Pechko, Konstantin Petrov, Ivan Puyda, Viktor Revyakin, Mikhail Solntsev, Oksana Solntseva, Sergey Yerkin, dan Yevgeniy Zyablov.

Sergey Agadzhanov, Lyubov, Galina Dergacheva, Inna, Irina, Galina Pechko, Viktor, Mikhail, dan Oksana dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun. Yevgeniy pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun. Konstantin, Ivan, dan Sergey Yerkin pula masing-masing menerima hukuman penjara tertangguh selama tujuh tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 30 Mei 2018

    Kes jenayah terhadap Ivan, Konstantin, Sergey Yerkin, dan Yevgeniy bermula kerana mengatur aktiviti organisasi ekstremis

  2. 1 Jun 2018

    Empat saudara itu ditahan sebelum perbicaraan

  3. 3 Ogos 2018

    Konstantin dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

  4. 5 Oktober 2018

    Ivan, Sergey Yerkin, dan Yevgeniy dibebaskan dan ditahan di rumah

  5. 20 Mac 2019

    Kes jenayah terhadap Sergey Agadzhanov, Galina Dergacheva, Inna, Irina, Lyubov, Mikhail, Oksana, dan Viktor bermula. Mereka semua dikenakan sekatan perjalanan

  6. 27 Mac 2019

    Ivan, Konstantin, Sergey Yerkin, dan Yevgeniy dibebaskan dari tahanan rumah dan dikenakan sekatan perjalanan

  7. 1 April 2019

    Kes-kes jenayah digabungkan menjadi satu

  8. 2 Mac 2021

    Galina Pechko dikenakan sekatan perjalanan

  9. 5 Mac 2021

    Galina Pechko didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti organisasi ekstremis dan kesnya digabung bersama 12 saudara saudari yang lain

  10. 25 April 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Kita digalakkan apabila melihat saudara saudari kita tetap bersukacita meskipun ‘dihina kerana nama Kristus seraya kuasa suci Tuhan yang mulia ada pada mereka.’—1 Petrus 4:14.

a Tiada komen peribadi yang tersedia daripada Saudara Sergey Agadzhanov.