Lompat ke kandungan

Kiri: Saudari Marina Chaplykina. Kanan: Saudara Valeriy Maletskov dan isterinya, Marina

18 OGOS 2022 | DIKEMASKINIKAN: 19 DISEMBER 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DAN SAUDARI DIPENJARAKAN | Iman Mengalahkan Rasa Takut akan Penganiayaan

TERKINI—SAUDARA DAN SAUDARI DIPENJARAKAN | Iman Mengalahkan Rasa Takut akan Penganiayaan

Pada 18 Disember 2023, Mahkamah Daerah Novosibirsk di Wilayah Novosibirsk mensabitkan Saudara Valeriy Maletskov dan Saudari Marina Chaplykina. Valeriy dijatuhkan hukuman penjara enam tahun, dan Marina dijatuhkan hukuman penjara empat tahun. Mereka serta-merta ditahan selepas perbicaraan mahkamah.

Garis Masa

  1. 2018

    Sebelum sekatan terhadap Saksi-Saksi Yehuwa, seorang lelaki yang belajar Bible dan hadiri perjumpaan, mula bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) di Novosibirsk. Dia kumpulkan maklumat tentang mereka yang hadiri perjumpaan

  2. 19 April 2019

    Berdasarkan maklumat lelaki itu, enam rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Novosibirsk digeledah. Kes jenayah dimulakan ke atas Valeriy Maletskov dan Marina Chaplykina. Selepas ditangkap, mereka dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  3. 21 April 2019

    Mereka berdua dibebaskan dari tahanan sementara. Valeriy ditahan di rumah manakala Marina Chaplykina dikenakan sekatan perjalanan

  4. 21 Februari 2022

    Valeriy dituduh mengatur aktiviti organisasi ekstremis. Marina Chaplykina pula dituduh membiayai dan terlibat dalam kegiatan organisasi ekstremis

  5. 30 Mac 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Jelaslah bahawa Yehuwa sedang berkati dan lindungi saudara saudari kita kerana mereka terus beriman dan bertabah biarpun dianiaya.—1 Yohanes 5:4.