9 MAC 2022 | DIKEMASKINIKAN: 2 MEI 2024
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DIBEBASKAN DARIPADA TUDUHAN | Berdoa bagi Rakan Seiman Menguatkan Saudara Kirill Gushchin
Pada 2 Mei 2024, Mahkamah Daerah Mayskiy di Republik Kabardino-Balkarian telah membebaskan Saudara Kirill Gushchin daripada tuduhan jenayah. Mahkamah mengumumkan keputusan tidak bersalah atas semua dakwaan terhadapnya.
Garis Masa
20 Mei 2020
Pegawai FSB bertopeng dan bersenjata mengepung Kirill semasa dia keluar untuk kerja. Mereka menggari tangannya dan membawanya kembali ke apartmennya. Dia dan isterinya, Svetlana, berada di satu bilik sementara apartmen mereka digeledah. Seorang pegawai sorok bahan bacaan terlarang dalam bilik tidur mereka dan satu lagi bilik
26 April 2021
Penyiasatan dimulakan ke atas Kirill selepas mendapat keterangan seorang individu yang rakam perjumpaan secara rahsia. Penyiasat tuduh Kirill kerana menyanyi dan berdoa serta bincang nasihat berguna Bible di 1 Korintus 13:8 yang berbunyi, “Kasih itu abadi.”
28 April 2021
Pihak berkuasa mendakwa Kirill secara sah. Kes jenayah yang berasingan dibuka terhadap Svetlana dan empat saudari lain
19 Mei 2021
Salah seorang pegawai FSB yang terlibat dalam penyiasatan dituduh kerana menggertak saksi. Dia pernah didapati bersalah kerana memalsukan bukti terhadap Saksi-Saksi Yehuwa. Ketua Bahagian Penyiasatan mengarahkan kes tersebut dikembalikan kepada pihak pendakwa untuk siasatan lanjut
7 Jun 2021
Kes itu dibawa ke Mahkamah Daerah Mayskiy
Profil
Seperti Kirill, kita juga yakin bahawa Yehuwa akan jadi “tempat naungan pada masa kesusahan” baginya serta bagi semua saudara saudari yang tabah harungi penganiayaan di Rusia dan Crimea.—Mazmur 9:9, 10.