Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara Yuriy Baranov dan isterinya, Nadezhda. Kanan: Saudara Nikolay Stepanov dan isterinya, Alla

8 JUN 2022
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIBEBASKAN | Disokong oleh Rakan Seiman

TERKINI—SAUDARA DIBEBASKAN | Disokong oleh Rakan Seiman

Pada 10 November 2022, Mahkamah Wilayah Vologda mengumumkan keputusan rayuan Saudara Yuriy Baranov dan Nikolay Stepanov. Hukuman Yuriy tidak berubah manakala hukuman penjara empat tahun ke atas Nikolay berubah menjadi hukuman penjara tertangguh empat tahun. Dia dibebaskan dengan serta-merta.

Pada 5 September 2022, Mahkamah Bandar Vologda menyatakan Yuriy dan Nikolay bersalah. Yuriy dijatuhkan hukuman penjara tertangguh empat tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini. Nikolay pula dijatuhkan hukuman penjara empat tahun. Hukumannya berkuat kuasa dengan serta-merta.

Garis Masa

  1. 19 Disember 2019

    Pihak berkuasa menyerbu rumah 6 keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di Vologda. Yuriy dan Nikolay ditahan dan dimasukkan ke dalam pusat tahanan sementara

  2. 20 Disember 2019

    Yuriy dibebaskan dan ditahan di rumah

  3. 23 Disember 2019

    Nikolay dihantar ke pusat tahanan sebelum kes dibicarakan

  4. 16 Mac 2020

    Yuriy tidak lagi perlu ditahan di rumah. Namun dia masih dikenakan beberapa sekatan yang mengehadkan komunikasi dengan orang yang lain yang terlibat dalam kes jenayahnya dan mengehadkan penggunaan telefon dan Internet

  5. 19 Mei 2020

    Yuriy tidak lagi dikenakan sekatan

  6. 13 Ogos 2020

    Nikolay dibebaskan daripada pusat tahan sebelum kes dibicarakan dan ditahan di rumah

  7. 25 September 2020

    Nikolay tidak lagi perlu ditahan di rumah

  8. 7 Mac 2022

    Kes jenayah bermula

Profil

Iman kita dikuatkan seraya melihat saudara saudari kita mengekalkan integriti biarpun dianiaya.—1 Tesalonika 3:7.