3 FEBRUARI 2022| DIKEMASKINIKAN: 20 JULAI 2023
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DIBEBASKAN | Pembacaan Bible dan Perenungan Setiap Hari Bantu Saudara Aleksey Ukhov Yakin kepada Yehuwa
Pada 18 Julai 2023, Mahkamah Kawasan Khabarovsk mengubah hukuman yang dijatuhkan atas Saudara Aleksey Ukhov kepada hukuman penjara tertangguh selama enam tahun setengah. Dia dibebaskan dari penjara sejurus selepas keputusan ini diumumkan.
Pada 24 Mac 2023, Mahkamah Bandar Sovetsko-Gavansky di Kawasan Khabarovsk mensabitkan Aleksey. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun setengah. Dia telah ditahan sejurus selepas perbicaraan mahkamah.
Garis Masa
22 Oktober 2020
Para pegawai FSB membongkar rumah Ukhov. Alat-alat elektronik, pemacu kilat USB, kad SIM, kad bank, dokumen peribadi, dan bahan bacaan bercetak telah dirampas. Para penyiasat menempatkannya di pusat tahanan sementara
23 Oktober 2020
Mahkamah mengarahkan agar dia dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
9 Julai 2021
Dibebaskan dan tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan Komsomolsk-on-Amur, tempat dia telah ditahan
6 September 2021
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Kita tahu bahawa Yehuwa akan terus berkati Aleksey kerana “mempercayakan dirinya kepada Dia yang menghakimi dengan adil.”—1 Petrus 2:23.