20 APRIL 2023 | DIKEMASKINIKAN: 14 OGOS 2024
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DIKENAKAN DENDA | Ciptaan Tuhan Menguatkan Saudara Andrey Okhapkin
Pada 13 Ogos 2024, Mahkamah Bandar Kineshemskiy di Wilayah Ivanovo mensabitkan Saudara Andrey Okhapkin. Dia dikenakan denda sebanyak 540,000 ruble (6,064 dolar Amerika).
Profil
Seperti Andrey, kita juga sangat bersyukur atas “segala perbuatan Tuhan yang menakjubkan.” (Ayub 37:14) Semua ini membuktikan kasih Tuhan yang besar terhadap kita.
Garis Masa
18 November 2021
Kes jenayah dibuka
23 November 2021
Enam buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa digeledah, termasuk rumah Andrey. Dia ditahan dan dimasukkan ke pusat tahanan sementara
24 November 2021
Didakwa melakukan jenayah
25 November 2021
Ditahan sebelum perbicaraan
17 Februari 2022
Dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah
14 Julai 2022
Tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan
15 Disember 2022
Perbicaraan kes jenayah bermula