5 FEBRUARI 2024 | DIKEMASKINIKAN: 9 OKTOBER 2024
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DIKENAKAN DENDA | “Serahkanlah Hidupmu kepada Yehuwa”
Pada 7 Oktober 2024, Mahkamah Daerah Shadrinskiy di Wilayah Kurgan mensabitkan Saudara Aleksandr Lubin. Dia dikenakan denda sebanyak 500,000 ruble (5,180 dolar Amerika).
Profil
Seperti Aleksandr, kita juga yakin bahawa kita dapat menghadapi cabaran yang sebesar gunung apabila kita bersandar pada Yehuwa.—Yesaya 38:14.
Garis Masa
13 Julai 2021
Kes jenayah dibuka
14 Julai 2021
Lapan buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa digeledah. Aleksandr ditahan, disoal siasat, dan dimasukkan ke pusat tahanan sementara
16 Julai 2021
Dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
19 Julai 2021
Rayuan dibuat kerana masalah penyakitnya yang serius
28 Ogos 2021
Selepas Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dan para aktivis hak asasi manusia membuat permohonan bagi pihak Aleksandr, dia telah dibebaskan dan dikenakan sekatan perjalanan
14 Julai 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula
7 September 2023
Perbicaraan mahkamah ditangguhkan kerana Aleksandr telah dimasukkan ke hospital