Lompat ke kandungan

Saudara Sergey Kazakov

30 OGOS 2022 | DIKEMASKINIKAN: 8 OGOS 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIKENAKAN DENDA | “Terus Pupuk Keyakinan terhadap Yehuwa”

TERKINI—SAUDARA DIKENAKAN DENDA | “Terus Pupuk Keyakinan terhadap Yehuwa”

Pada 3 Ogos 2023, Mahkamah Bandar Bikinskiy di Kawasan Khabarovsk mensabitkan Saudara Sergey Kazakov. Dia dikenakan denda sebanyak 500,000 ruble (5,186 dolar Amerika).

Garis Masa

  1. 9 November 2020

    Kes jenayah dibuka. Didakwa kerana mengatur aktiviti ekstremis

  2. 21 Disember 2020

    Jawatankuasa Siasatan dan pegawai FSB menggeledah sepuluh rumah, termasuk rumah Sergey. Dia ditangkap dan ditahan sementara

  3. 23 Disember 2020

    Dihantar ke tahanan sebelum perbicaraan

  4. 4 Jun 2021

    Dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

  5. 5 Ogos 2021

    Dibebaskan dari tahanan rumah

  6. 28 Februari 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula. Semasa perbicaraan awal, hakim kembalikan kes kepada pejabat pendakwa raya kerana kesilapan prosedur pihak pendakwa

  7. 28 April 2022

    Hakim membatalkan keputusan untuk kembalikan kes kepada pendakwa dan mengarahkan mahkamah asal untuk mulakan perbicaraan semula

  8. 14 Jun 2022

    Perbicaraan mahkamah mula semula

Profil

Sergey terus tunjuk keyakinannya terhadap Yehuwa. Seperti dia, kita setuju dengan kata-kata di Mazmur 31:14 yang berbunyi, “Aku tetap percaya kepada-Mu, ya Yehuwa. Aku berkata, ‘Engkaulah Tuhanku!’”