Lompat ke kandungan

Saudara Anatoliy Isakov dan isterinya Tatyana

1 JANUARI 2024 | DIKEMASKINIKAN: 9 OGOS 2024
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIKENAKAN DENDA | ‘Yehuwa Tidak Pernah Mengabaikan Saya’

TERKINI—SAUDARA DIKENAKAN DENDA | ‘Yehuwa Tidak Pernah Mengabaikan Saya’

Pada 8 Ogos 2024, Mahkamah Bandar Kurgan di Wilayah Kurgan mensabitkan Saudara Anatoliy Isakov. Dia dikenakan denda sebanyak 400,000 ruble (4,522 dolar Amerika). Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita sangat menghargai iman dan semangat Anatoliy meskipun dilanda banyak cabaran. Tidak kira apa cabaran yang kita hadapi, Yehuwa akan menguatkan hati kita dan menjadi gunung batu kita.—Mazmur 73:26.

Garis Masa

  1. 13 Julai 2021

    Kes jenayah dibuka

  2. 14 Julai 2021

    Rumahnya digeledah. Dia dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  3. 15 Julai 2021

    Dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 21 Julai 2021

    Rayuan dibuat kepada Jabatan Kesihatan di Wilayah Kurgan agar membebaskan Anatoliy dan mengizinkannya menerima rawatan kemoterapi susulan

  5. 28 Ogos 2021

    Dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan selepas Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah membuat permohonan bagi pihaknya. Dia dikenakan sekatan perjalanan

  6. 6 Julai 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula