Lompat ke kandungan

Saudara Pavel Kazadaev

24 NOVEMBER 2022 | DIKEMASKINIKAN: 21 OGOS 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Bertekad untuk Tetap Berkhidmat kepada Yehuwa biarpun Dianiaya

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Bertekad untuk Tetap Berkhidmat kepada Yehuwa biarpun Dianiaya

Pada 18 Ogos 2023, Mahkamah Kawasan Altai mengubah hukuman penjara tertangguh yang dikenakan atas Saudara Pavel Kazadaev sebelum ini kepada hukuman penjara selama tiga tahun. Dia telah ditahan dengan serta-merta.

Pada 29 Mei 2023, Mahkamah Daerah Industrialny di Barnaul, Kawasan Altai, mensabitkan Saudara Pavel Kazadaev dan mengenakan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Iman kita dikuatkan semasa melihat penyembah Yehuwa tetap berkhidmat kepada-Nya dengan bersemangat dan bersukacita biarpun dianiaya.—Matius 5:11.

Garis Masa

  1. 11 Mei 2021

    Kes jenayah bermula

  2. 27 Mei 2021

    Sebagai sebahagian daripada serbuan yang dipanggil “Armagedon,” pihak polis menggeledah apartmen Pavel di Novokuznetsk serta rumah sanak saudaranya di tempat lain. Pavel dan isterinya dibawa ke Barnaul, sebuah bandar yang sejauh 350 kilometer dari rumah mereka, untuk disoal siasat. Pavel didakwa kerana melakukan aktiviti organisasi ekstremis dan ditahan sementara

  3. 28 Mei 2021

    Dibebaskan dari tahanan dan sekatan perjalanan dikenakan

  4. 12 Ogos 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula