30 NOVEMBER 2022 | DIKEMASKINIKAN: 29 DISEMBER 2022
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Cabaran Bantu Membina Sifat-Sifat Kristian Mereka
Mahkamah Daerah Zeyskiy di Wilayah Amur mensabitkan Saudara Yevgeniy Bitusov dan Leonid Druzhinin. Saudara Bitusov dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun. Saudara Druzhinin dijatuhkan hukuman penjara selama enam setengah tahun. Mereka ditahan selepas perbicaraan mahkamah.
Profil
Kita sangat berbangga kerana saudara saudari kita terus tabah dan sabar. Kesetiaan mereka membuktikan merekalah hamba Tuhan.—2 Korintus 6:3-10.
Garis Masa
21 Mac 2019
Pihak berkuasa menggeledah rumah-rumah para Saksi di Zeya, termasuk rumah Yevgeniy dan Leonid
10 Ogos 2020
Kes jenayah telah dibuka
13 Oktober 2020
Pihak berkuasa menggeledah rumah Yevgeniy dan Leonid buat kali kedua. Leonid ditahan dan disoal siasat selama dua jam
20 Jun 2022
Perbicaraan kes jenayah bermula