Lompat ke kandungan

Saudara Aleksey Khabarov

1 SEPTEMBER 2021 | DIKEMASKINIKAN: 25 OKTOBER 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Doa dan Firman Tuhan Bantu Saudara Aleksey Khabarov Tetap Berani

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Doa dan Firman Tuhan Bantu Saudara Aleksey Khabarov Tetap Berani

Pada 20 Oktober 2023, Mahkamah Daerah Porkhovskiy di Wilayah Pskov mensabitkan Saudara Aleksey Khabarov. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan enam bulan. Hukuman ini diumumkan selepas pendakwa raya membuat rayuan mengenai keputusan untuk membebaskan Aleksey lebih awal. Ini kali ketiga Saudara Khabarov dibicarakan di mahkamah. Dia telah ditahan sejurus selepas perbicaraan mahkamah.

Pada 27 Jun 2022, Mahkamah Daerah Porkhovskiy di Wilayah Pskov mendapati bahawa Saudara Aleksey Khabarov tidak bersalah. Dia dibebaskan daripada semua tuduhan jenayah.

Garis Masa

  1. Pada 26 November 2021, Mahkamah Wilayah Pskov membuat keputusan untuk mempertimbangkan rayuan Aleksey. Kesnya dikembalikan ke mahkamah asal untuk dibicarakan oleh hakim yang lain. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini

  2. 7 September 2021

    Mahkamah Daerah Porkhovskiy di Wilayah Pskov mensabitkan Aleksey dan mengenakan hukuman penjara tertangguh tiga tahun

  3. 29 Oktober 2020

    Perbicaraan mahkamah Aleksey bermula

  4. 28 Ogos 2020

    Aleksey didakwa secara rasmi kerana “aktif dalam perjumpaan agama” dan ‘bercakap tentang kepercayaan, baca Bible, bincang hal-hal yang berkaitan dengan ayat Bible, dan nyanyi lagu agama’ bersama penganut lain

  5. 7 Februari 2020

    Aleksey disoal siasat buat kali kedua. Ketika itu, dia dapat tahu bahawa telefonnya dirakam dan dipantau pada 2018

  6. 31 Januari 2020

    Aleksey didakwa melakukan jenayah

  7. 24 Mei 2019

    Aleksey buat rayuan bertulis kepada Ombudsman Hak Asasi Manusia di Wilayah Pskov. Aleksey menjelaskan bahawa dia bukan penjenayah, tetapi seorang yang beriman. Ombudsman itu mengakui hak Aleksey untuk beragama

  8. 3 April 2019

    Rumah Aleksey digeledah, sesetengah barangnya dirampas, dan dia disoal siasat para pegawai

Profil

Kita bersetuju sepenuh hati dengan Aleksey bahawa Yehuwa selalu bantu penyembah-Nya yang setia untuk ‘jadi berani dan kentalkan hati.’—Mazmur 27:14.