Lompat ke kandungan

Saudara Nikolay Saparov bersama isterinya, Nataliya (kanan), dan anak perempuan mereka, Anastasia (kiri)

8 NOVEMBER 2022 | DIKEMASKINIKAN: 22 JANUARI 2024
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Doa dan Pembacaan Bible Mengukuhkan Ketabahan

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Doa dan Pembacaan Bible Mengukuhkan Ketabahan

Pada 17 Januari 2024, Mahkamah Bandar Maykop di Republik Adygeya mensabitkan Saudara Nikolay Saparov dan dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun. Dia telah ditempatkan di pusat tahanan sebelum perbicaraan sejak Mac 2022 dan masih ditahan sehingga sekarang.

Garis Masa

  1. 22 Mac 2022

    Kes jenayah dibuka

  2. 23 Mac 2022

    Nikolay ditangkap semasa di lapangan terbang bersama dengan isteri dan anak perempuan mereka. Selepas disoal siasat, pihak berkuasa mendakwa dia kerana mengatur aktiviti organisasi ekstremis. Kemudian, dia dihantar ke pusat tahanan sementara. Selepas itu, rumahnya digeledah

  3. 24 Mac 2022

    Nikolay dipindah ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 19 Mei 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Contoh keluarga Saparov mengingatkan kita bahawa Yehuwa akan sentiasa mendengar semasa penyembah setia-Nya “berseru meminta tolong.”—Mazmur 119:147.

a Semasa rencana ini disediakan, Saudara Saparov berada dalam tahanan sebelum perbicaraan. Jadi, tidak mungkin untuk dapatkan komennya.