Lompat ke kandungan

Saudara Inver Siyukhov

18 MEI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 12 MAC 2024
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Inver Siyukhov Dipenuhi Kekuatan

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Inver Siyukhov Dipenuhi Kekuatan

Pada 7 Mac 2024, Mahkamah Bandar Maykop di Republik Adygeya mensabitkan Saudara Inver Siyukhov. Dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun. Dia telah dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan sejak April 2021 dan akan terus ditahan.

Garis Masa

  1. 15 April 2021

    Didakwa kerana mengadakan perjumpaan melalui alat persidangan video

  2. 16 April 2021

    Pihak berkuasa menggeledah rumah Inver dan rumah empat orang Saksi lain. Inver disoal siasat dan dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  3. 17 April 2021

    Dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 15 Ogos 2021

    Dipindahkan ke pusat tahanan kawalan maksimum yang terletak 110 kilometer dari Maykop

  5. 13 September 2021

    Perbicaraan bermula

Profil

Kita yakin saudara saudari di Rusia akan ‘terus memperoleh kuasa daripada Tuan kita dan daripada kekuatan-Nya yang besar.’—Efesus 6:10.

a Saudara Siyukhov kini berada dalam pusat tahanan sebelum perbicaraan. Jadi, kami tidak dapat memperoleh komennya.