Lompat ke kandungan

Saudara Dmitriy Barmakin dan isterinya Yelena

1 NOVEMBER 2021 | DIKEMASKINIKAN: 7 FEBRUARI 2024
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Saudara Dmitriy Barmakin Tetap Bersukacita walaupun Ditahan

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Saudara Dmitriy Barmakin Tetap Bersukacita walaupun Ditahan

Pada 6 Februari 2024, Mahkamah Kawasan Primorye di Vladivostok menyokong keputusan sebelumnya untuk mensabitkan Saudara Dmitriy Barmakin dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadapnya. Dia ditahan dengan serta-merta.

Pada 8 Ogos 2023, Mahkamah Kawasan Primorye menyokong rayuan Saudara Dmitriy Barmakin dan membebaskannya daripada semua dakwaan. Dia dibebaskan dari penjara dengan serta-merta. Namun, kes mahkamahnya dikembalikan kepada pendakwa raya, dan dia akan dibicarakan semula buat kali ketiga.

Pada 27 April 2023, Mahkamah Daerah Pervorechenskiy di Vladivostok, Kawasan Primorye, mensabitkan Dmitriy. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan ditahan dengan serta-merta.

Pada 8 April 2022, Mahkamah Kawasan Primorye membatalkan keputusan pembebasan terhadap Saudara Dmitriy Barmakin. Kini, kesnya akan dihantar untuk dibicarakan semula.

Garis Masa

  1. Pada 22 November 2021, Mahkamah Daerah Pervorechenskiy di Vladivostok, Kawasan Primorye menyatakan Dmitriy tidak bersalah. Dia dibebaskan daripada semua tuduhan jenayah. Inilah kali pertama keputusan tidak bersalah dikeluarkan bagi Saksi-Saksi Yehuwa yang didakwa di bawah Artikel 282.2(1) Kanun Jenayah Rusia (berkenaan mengaturkan aktiviti organisasi ekstremis). Mahkamah akan membatalkan semua sekatan yang dikenakan terhadapnya. Jika pihak pendakwa raya tidak membuat rayuan, keputusan ini akan berkuat kuasa pada 3 Disember 2021

  2. 20 April 2021

    Kes jenayah disambung

  3. 18 Disember 2020

    Kes jenayah dikembalikan kepada pihak pendakwa kerana tidak cukup bukti untuk mensabitkan Saudara Barmakin. Larangan yang dikenakan atasnya tidak berubah

  4. 18 Oktober 2019

    Selepas 447 hari, Dmitriy dibebaskan tetapi larangan yang ketat dikenakan atasnya. Mahkamah telah melanjutkan tempoh Dmitriy ditahan sebelum perbicaraan sebanyak 10 kali

  5. 28 Julai 2018

    Pada 28 Julai 2018, jam 7:00 pagi, sekumpulan pegawai polis yang bertopeng dan bersenjata menyerbu apartmen tempat Dmitriy dan Yelena sedang tinggal. Ketika itu, mereka sedang menjaga nenek Yelena yang berumur 90 tahun. Dmitriy dan Yelena dibawa ke rumah mereka sendiri di bandar Vladivostok yang terletak 177 kilometer dari situ. Dmitriy telah ditahan dan dimasukkan ke pusat tahanan sebelum dibicarakan

  6. 27 Julai 2018

    Kes jenayah dibuka terhadap Saudara Dmitriy Barmakin

  7. Oktober 2017

    Seorang wanita berumur 30 tahun yang bekerja untuk Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) berpura-pura menunjukkan minat terhadap Bible. Dia secara sembunyi merakam perbualannya bersama beberapa saudara saudari

Profil

Walaupun Dmitriy dan Yelena mungkin harus berpisah lagi, teladan mereka menunjukkan bahawa “sukacita daripada Yehuwa akan menguatkan” kita.—Nehemia 8:10.