Lompat ke kandungan

Saudara Danil Suvorov

16 DISEMBER 2022| DIKEMASKINIKAN: 20 JUN 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Tetap Bersukacita semasa Menghadapi Cubaan

TERKINI—SAUDARA DIPENJARAKAN | Tetap Bersukacita semasa Menghadapi Cubaan

Pada 20 Jun 2023, Mahkamah Daerah Tsentralnyi di Sochi mensabitkan Saudara Danil Suvorov dan mengenakan hukuman penjara selama enam tahun. Danil telah ditempatkan di pusat tahanan sebelum perbicaraan sejak 18 Ogos 2021 dan masih ditahan sehingga sekarang.

Profil

Pengalaman saudara saudari kita amat menggalakkan kita. Jika kita bergiat dalam aktiviti rohani dan kekal akrab dengan Yehuwa, kita pasti dapat tetap bersukacita tidak kira apa jua cabaran yang kita hadapi.—Mazmur 16:11.

Garis Masa

  1. 13 Ogos 2021

    Kes jenayah dibuka terhadapnya berdasarkan kesaksian yang diberikan oleh seseorang yang pura-pura berminat tentang Bible. Tetapi sebenarnya, orang tersebut bersubahat dengan pihak berkuasa

  2. 18 Ogos 2021

    Rumahnya digeledah. Ditangkap dan dibawa ke pusat tahanan sementara

  3. 19 Ogos 2021

    Dipindah ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 29 April 2022

    Didakwa mengatur, mencari ahli baharu, dan terlibat dalam kegiatan organisasi ekstremis

  5. 10 Jun 2022

    Perbicaraan jenayah bermula

a b Semasa rencana ini disediakan, temu ramah Saudara Suvorov tidak dapat dibuat kerana dia berada dalam tahanan sebelum perbicaraan.