26 OKTOBER 2022 | DIKEMAS KINI: 22 NOVEMBER 2022
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Dengan Sokongan Tuhan, Saya Dapat Tanggung Segalanya”
Pada 21 November 2022, Mahkamah Bandar Asha di Wilayah Chelyabinsk menyatakan Saudara Andrey Perminov bersalah dan mengenakan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
11 Jun 2021
Lima rumah keluarga Saksi Yehuwa, termasuk rumah Andrey, digeledah di bandar Asha dan Minyar. Para pegawai merampas banyak barang peribadi
10 November 2021
Dikenakan sekatan perjalanan
27 April 2022
Dituduh kerana menjadi ahli organisasi ekstremis dan namanya ditambah dalam senarai pengganas
6 Jun 2022
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Seperti Andrey, kita boleh dikuatkan dengan memikirkan bagaimana Yehuwa sokong penyembah-Nya yang setia dahulu. Kita yakin sepenuhnya dengan janji Tuhan, “Seperti yang telah Aku lakukan, Aku akan terus menyokong kamu, mendukung kamu, dan menyelamatkan kamu.”—Yesaya 46:4.