Lompat ke kandungan

Saudara Sergey Kuznetsov

6 JANUARI 2023| DIKEMASKINIKAN: 19 APRIL 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Iman Saya kepada Yehuwa Telah Bertambah Kuat”

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Iman Saya kepada Yehuwa Telah Bertambah Kuat”

Pada 18 April 2023, Mahkamah Bandar Nevinnomyssk di Kawasan Stavropol mensabitkan Saudara Sergey Kuznetsov dan mengenakan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Pengalaman Sergey meyakinkan kita bahawa Yehuwa memperhatikan kita ‘semasa kita menderita.’ Dia akan ‘mengangkat dan menyokong’ kita tidak kira apa jua cabaran yang kita hadapi.—Yesaya 63:9.

Garis Masa

  1. 21 November 2018

    Rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Nevinnomyssk digeledah, termasuk rumah Sergey

  2. 12 Disember 2019

    Perbicaraan kes jenayah bermula

  3. 18 Jun 2020

    Dimasukkan ke dalam senarai orang yang terlibat dalam kegiatan ekstremis

  4. 31 Mei 2022

    Dikenakan sekatan perjalanan

  5. 7 September 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula