16 FEBRUARI 2022| DIKEMASKINIKAN: 10 MEI 2023
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Kesabaran Bantu Saudara Ivan Shulyuk Tabah Hadapi Tentangan
Pada 10 Mei 2023, Mahkamah Bandar Nazarovo di Kawasan Krasnoyarsk mensabitkan Saudara Ivan Shulyuk dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tujuh tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
18 Jun 2020
Pegawai polis yang bersenjata menyerbu apartmen pasangan Shulyuk dan menangkap Ivan. Dia ditempatkan dalam pusat tahanan sementara
19 Jun 2020
Mahkamah arahkan agar Ivan dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
9 Julai 2020
Dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan. Dilarang untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun di luar rumahnya tanpa kebenaran. Diarahkan untuk tidak keluar rumah dari 6:00 pagi hingga 11:00 malam. Ini menghalangnya untuk bekerja
14 Ogos 2020
Penyiasat cuba lanjutkan tempoh sekatan tapi ditolak kerana reputasi baik Ivan. Kebanyakan sekatan telah ditarik balik
17 Ogos 2020
Sekatan perjalanan dikenakan
15 September 2021
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Kita amat bersyukur kerana “Yehuwa tahu cara untuk menyelamatkan orang yang mengabdikan diri kepada-Nya supaya mereka dibebaskan daripada cubaan.”—2 Petrus 2:9.