Lompat ke kandungan

Saudara Boris Yagovitov dan isterinya, Nataliya

30 SEPTEMBER 2022
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Melawan Rasa Tawar Hati dengan Sikap Positif

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Melawan Rasa Tawar Hati dengan Sikap Positif

Pada 10 Oktober 2022, Mahkamah Daerah Solnechniy di Kawasan Khabarovsk menyatakan Saudara Boris Yagovitov bersalah. Dia dikenakan hukuman penjara tertangguh lima tahun. Boris berada dalam tahanan sebelum perbicaraan selama sembilan bulan. Dia dibebaskan dengan serta-merta dan tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 14 Disember 2020

    Para penyiasat meneliti rakaman audio perbualan antara Boris dengan seorang polis yang menyamar dan berpura-pura menunjukkan minat terhadap Bible

  2. 14 Mei 2021

    Kes jenayah dibuka terhadap Boris. Dituduh mengambil bahagian dalam perjumpaan organisasi ekstremis dan cuba rekrut ahli baharu

  3. 5 Jun 2021

    Disoal siasat bersama Nataliya semasa rumah mereka digeledah. Dia kemudian ditahan sementara

  4. 7 Jun 2021

    Dibebaskan dari tahanan sementara dan ditahan di rumah

  5. 29 Disember 2021

    Perbicaraan mahkamah bermula. Semasa kes dibicarakan, pihak pendakwa menuntut agar Boris ditahan sebelum perbicaraan, selepas mengatakan dia kononnya telah melanggar syarat-syarat tahanan rumah. Boris ditempatkan di tahanan sebelum perbicaraan

  6. 24 Februari 2022

    Kes itu dikembalikan kepada pihak pendakwa kerana penyiasat melanggar sesetengah prosedur. Namun, Boris masih tidak dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan

  7. 9 Jun 2022

    Perbicaraan mahkamah disambung semula

Profil

Boris dan Nataliya ialah contoh yang baik kerana mereka berusaha bertumpu pada perkara yang terpuji dan diperkenankan Tuhan. Kita yakin bahawa “Tuhan kedamaian” akan terus di samping mereka.—Filipi 4:8, 9.

a Semasa rencana ini disediakan, Saudara Yagovitov berada dalam tahanan sebelum perbicaraan. Jadi, tidak mungkin untuk dapatkan komennya.