16 FEBRUARI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 21 SEPTEMBER 2023
RUSIA
TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Saya Lebih Menghargai Semua Persediaan Rohani daripada Yehuwa”
Pada 15 September 2023, Mahkamah Bandar Kovrovskiy di Wilayah Vladimir mensabitkan Saudara Aleksey Kupriyanov dan menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun. Tetapi, oleh sebab dia sudah menjalani tempoh hukuman itu semasa dipenjarakan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah, dia tidak lagi perlu dipenjarakan buat masa ini.
Profil
Kita juga mahu menggunakan segala persediaan dan perlengkapan rohani daripada Yehuwa supaya kita dapat “berdiri teguh untuk melawan muslihat Iblis yang licik.”—Efesus 6:11.
Garis Masa
17 Februari 2021
Pihak berkuasa menggeledah tujuh buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa, termasuk rumah Saudara Kupriyanov. Seramai 23 saudara dan saudari telah disoal siasat
28 Jun 2021
Kes jenayah dibuka terhadapnya. Dia dituduh terlibat dalam kegiatan organisasi yang ekstremis kerana menghadiri perjumpaan Kristian
8 Julai 2021
Rumahnya digeledah untuk kali kedua. Dia disoal siasat dan dimasukkan ke pusat tahanan sementara
9 Julai 2021
Dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
19 November 2021
Dibebaskan daripada pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah
21 Jun 2022
Dia tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan dan sekatan lain
4 Oktober 2022
Perbicaraan kes jenayah bermula