Lompat ke kandungan

Saudara Valeriy Rabota

29 MAC 2024 | DIKEMASKINIKAN: 10 JULAI 2024
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Saya Tidak Terlalu Khuatir atau Takut”

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Saya Tidak Terlalu Khuatir atau Takut”

Pada 10 Julai 2024, Mahkamah Daerah Khabarovsk di Kawasan Khabarovsk mensabitkan Saudara Valeriy Rabota. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita menghargai teladan iman Valeriy, dan kita juga yakin bahawa Yehuwa akan menjaganya dan semua orang yang tetap setia kepada-Nya.—Mazmur 37:28.

Garis Masa

  1. 1 Mac 2022

    Kes jenayah dibuka

  2. 3 Mac 2022

    Rumahnya digeledah. Dia disoal siasat, dan dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  3. 5 Mac 2022

    Dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 29 Jun 2022

    Dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

  5. 7 Oktober 2022

    Tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan

  6. 11 Mei 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula