Lompat ke kandungan

Saudara Roman Adestov dan isterinya Alina

28 APRIL 2023 | DIKEMASKINIKAN: 16 JUN 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Tiada Apa-Apa yang Dapat Meragut Sukacita Saya”

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Tiada Apa-Apa yang Dapat Meragut Sukacita Saya”

Pada 15 Jun 2023, Mahkamah Bandar Kovrov di Wilayah Vladimir, mensabitkan Saudara Roman Adestov. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun. Oleh sebab dia sudah dipenjarakan sebelum perbicaraan, dia tidak perlu dipenjarakan lagi.

Profil

Kita yakin bahawa Yehuwa, “Gunung Batu yang abadi,” akan terus ‘melindungi orang yang bergantung sepenuhnya pada Tuhan’ dan “mengurniai mereka kedamaian yang berkekalan.”—Yesaya 26:3, 4.

Garis Masa

  1. 28 Jun 2021

    Kes jenayah dibuka

  2. 8 Julai 2021

    Rumah Saudara Roman digeledah. Dia kemudiannya ditangkap

  3. 9 Julai 2021

    Ditahan sebelum perbicaraan

  4. 25 November 2021

    Dibebaskan daripada pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

  5. 21 Jun 2022

    Roman tidak lagi ditahan di rumah tetapi masih dikenakan sekatan perjalanan

  6. 26 September 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula