Lompat ke kandungan

Saudari Irina Perefileva

1 MEI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 30 OGOS 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARI DIJATUHKAN HUKUMAN | “Cabaran Saya Hanyalah Sementara”

TERKINI—SAUDARI DIJATUHKAN HUKUMAN | “Cabaran Saya Hanyalah Sementara”

Pada 28 Ogos 2023, Mahkamah Daerah Urupskiy di Republik Karachayevo-Circassian telah mensabitkan Saudari Irina Perefileva. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun dan enam bulan. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Tidak kira betapa susahnya cabaran yang kita hadapi, ini “hanyalah sementara dan tidak seberapa berat” jika dibandingkan dengan berkat Yehuwa yang berkekalan. Seperti Irina, kita berasa lega untuk tahu bahawa Yehuwa akan memberkati umat-Nya yang setia.—2 Korintus 4:17.

Garis Masa

  1. 9 Januari 2021

    Rumah Saudari Irina digeledah

  2. 22 November 2021

    Kes jenayah dibuka

  3. 23 November 2021

    Rumahnya digeledah sekali lagi

  4. 29 November 2021

    Didakwa atas tuduhan terlibat dalam kegiatan organisasi ekstremis

  5. 15 Oktober 2022

    Dikenakan sekatan perjalanan

  6. 6 Disember 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula