4 JANUARI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 17 NOVEMBER 2023
RUSIA
TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | Bertekad untuk Membantu Orang Lain meskipun Dianiaya
Pada 15 November 2023, Mahkamah Daerah Kuznetskiy di Novokuznetsk mensabitkan Saudari Tatyana Sushilnikova. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh empat tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Profil
Sesungguhnya, terdapat “banyak saksi yang bagaikan awan di sekeliling kita.” (Ibrani 12:1) Seperti Tatyana, kita juga dikuatkan apabila melihat teladan mereka yang tabah menghadapi penganiayaan dengan bantuan Yehuwa.
Garis Masa
8 Jun 2021
Pegawai FSB yang bersenjata menyerbu tiga buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Novokuznetsk. Tatyana dan suaminya Sergey telah disoal siasat selama tiga jam
20 Jun 2022
Kes jenayah dibuka. Dituduh berbual tentang hal-hal agama dan mengambil bahagian dalam perjumpaan keagamaan
22 Julai 2022
Didakwa secara rasmi
27 September 2022
Perbicaraan mahkamah bermula. Kes mahkamah dikembalikan kepada pihak pendakwa raya kerana penyiasat melanggar sesetengah prosedur
16 November 2022
Perbicaraan mahkamah disambung semula