Lompat ke kandungan

Saudari Irina Buglak

13 DISEMBER 2021 | DIKEMASKINIKAN: 13 JUN 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | “Saya Bersukacita kerana Ada Hubungan Akrab dengan Yehuwa”

TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | “Saya Bersukacita kerana Ada Hubungan Akrab dengan Yehuwa”

Pada 6 Jun 2023, Mahkamah Bandar Partizansk di Kawasan Primorye mensabitkan Saudari Irina Buglak dan mengenakan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun dan enam bulan. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 6 Ogos 2021

    Perbicaraan kes jenayah Irina dikembalikan ke Mahkamah Bandar Partizansk

  2. 30 November 2020

    Oleh sebab tiada bukti, kes Irina dikembalikan ke pejabat pendakwa

  3. 31 Januari 2020

    Dibebaskan setelah ditahan di rumah selama 107 hari

  4. 16 Oktober 2019

    Selepas di pusat tahanan selama 179 hari sebelum kesnya dibicarakan, Irina dibebaskan. Dia perlu ditahan di rumah

  5. 20 April 2019

    Pada jam 3:00 pagi, pegawai FSB menggeledah rumah Irina. Dia didakwa mengaturkan dan mengendalikan perjumpaan agama. Dia dipindahkan ke pusat tahanan sebelum kesnya dibicarakan, dan masa penahanannya telah dilanjutkan tiga kali

  6. 19 April 2019

    Lapan pegawai FSB menggeledah rumah Saudari Nelly Tarasyuk yang berumur 80 tahun. Pada masa itu, Irina dan anak perempuannya, iaitu Natalya, serta beberapa orang saudari juga berada di sana. Semasa rumah Nelly diserbu, dia jatuh sakit dan dibawa ke hospital. Saudari-saudari lain ditangkap dan disoal siat sepanjang malam dan Irina ditahan

Profil

Kita berdoa agar Yehuwa terus menguatkan Irina dan semua saudara saudari di Rusia yang sedang menghadapi penganiayaan dengan tabah, sabar, dan sukacita.—Kolose 1:11.